Jumaat, 1 April 2011

      Jelas Tapi Kabur

      Jelas Tapi Kabur

      Baru pulang dari perhimpunan tahunan sebuah badan dakwah mahasiswa di Malaysia, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia atau akronimnya 'KARISMA'. KARISMA ialah sayap kepada sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) ...

      Read More

      Selasa, 1 Mac 2011

      Sebu

      Sebu

      “Erm, sedapnya kek ni!” kata Din. “Yela, tapi sikit la plak. Kalau banyak, kan best!” balas Mad pula. “Eeerrkk. Alhamdulillah..” ujar Megat sambil bersendawa. “Ana pernah dapat hadiah kek ni. Lepas tu ...

      Read More

      Selasa, 1 Februari 2011

      Men'servis' Hati

      Men'servis' Hati

      Sedar tak sedar, dah dua tahun tak balik rumah. Teruknya! Heh ~ Gurau sahaja. Kali terakhir aku berada di rumah, bersama keluarga ialah pada 29 November 2009. (dua tahun la kan?) - Aku tidak berada ...

      Read More

      Sabtu, 1 Januari 2011

      Mc D Jom!

      Mc D Jom!

      Jam 1300 di sebuah pejabat di utara tanah air. “Jom, lunch!” Ikmal mengajak rakan sepejabat barunya untuk pergi makan tengahari. “Jap, nak siapkan sikit lagi kerja ni,” balas Muaz. Lima minit kemudian. “Nak ...

      Read More

      Khamis, 2 Disember 2010

      Tackle Yang Tarbawi

      Tackle Yang Tarbawi

      Di sebuah restoran, selepas program katibah di Seri Iskandar, sekitar jam 1430. “Cit cit cit... ,“ Megat memanggil seekor kucing yang sedang khusyuk (sambil buat muka comel) memerhatikan ikhwah yang ...

      Read More

      Selasa, 2 November 2010

      Untukmu Syabaab – Episod I

      Titipan ini aku "ekstrak"kan dari bab "Wahai Pemuda" dalam sebuah buku Pak Hassan.

      Mengapa Pemuda?

      Mari kita imbas sejarah yang penuh dengan 'ibrah. (Sejarah ialah perkara yang menyeronokkan jika anda memahami sejarah dengan hati) Teliti kisah hidup 'Ali bin Abi Talib, Mus'ab bin Umayr, Mu'az bin Jabal, 'Aishah dan Asmaa' ra. Antara nama-nama yang menjadi tulang belakang dakwah Rasulullah saw. Mereka inilah yang menjadi tonggak kebangkitan ummah. Mereka inilah yang punya keyakinan dan keazaman yang membara, sanggup menempuhi dugaan dan menentang arus kontemporari ketika itu (jahiliah, berhala dan sebagainya). Begitu juga dalam revolusi di Rusia dan Perancis, para pemudalah nadi penggerak perubahan. Mereka ini (pemuda) punya beberapa kelebihan sehingga mampu menjadi pendesak, sekiranya mereka faham dan sedar potensi sebenar mereka, dan bersedia melakukan islah dan perubahan terhadap diri dan orang lain.

      Pointnya, "sekiranya mereka FAHAM".

      Jika kamu lihat pemuda Islam sekarang, mungkin boleh kamu katakan kisah pemuda Islam yang disebutkan tadi sebagai dongengan belaka. Ya, kerana pemuda yang ada pada masa sekarang langsung tidak melambangkan pemuda yang diceritakan di atas. (Pemuda di sini ialah pemuda Islam)

      Pemuda yang telah melakar sejarah itu, merekalah pemuda yang BERFIKIR. Maka, du'at sekalian, fokuskan sasaran mad'u kamu pada golongan ini. Keluarkan potensi mereka, sedarkan mereka, untuk membangunkan semula ummah ini. Kerna, bila kesedaran muncul dalam diri mereka, mereka akan mula memikirkan kesejahteraan ummah, lebih dari diri mereka sendiri.

      Sepertinya ghulam dalam kisah Ashaabul Ukhdud. Sanggup mati asalkan masyarakatnya selamat. Selamat dalam erti kata membebaskan diri dari perhambaan sesama manusia, kepada perhambaan yang "total" kepada Allah swt. Walaupun menjadi hamba, tapi hamba yang merdeka. Merdeka jiwa dari perhambaan kepada yang lemah, iaitu makhluk. Merdeka asalkan masih menepati batas syara'.

      Pemudalah tiang kebangkitan ummah ini, dalam suatu projek besar digelar "Projek Renaissance Ummah". Ia sudah bermula sejak khilafah ditumbangkan. Tiada masa untuk berpangku tangan, menjadi golongan pemerhati!

      Dapatkah kamu bayangkan satu perlawanan yang berat sebelah? Musuh Islam (yang bersatu) VS Islam. Sedangkan kamu tahu pasukan Islam sedikit jumlahnya dan kurang kelengkapannya. Tidakkah zalim jika kamu hanya menjadi golongan yang menonton? Sedang pasukan Islam terkapar-kapar, kamu dengan senang hati membiaya kelengkapan musuh Islam dengan membeli barangan keluaran mereka?? (Dah masuk bab boikot la plak)

      Sedangkan hadith pernah menyebut,

      "Sesiapa yang tidak menghiraukan
      urusan umat Islam yang lain, maka dia
      bukanlah dari kalangan mereka."

      Jadi, hanya ada dua pilihan untuk kamu, hai pemuda! Tiada pilihan yang ketiga, sebagai penonton! Kelak nanti, Allah akan bertanya apa usaha yang kamu lakukan tika melihat ummah dalam kesakitan. Ratapan ummah ini sudah mampu dilihat dengan keruntuhan moral generasi muda, pelapis Islam ini sendiri. Jadi, kamu selesa dengan keadaan kamu sekarang? Kalau begitu, kamu hanya memikirkan diri sendiri!

      Di manakah kamu? Berjuta-juta Muslim di seluruh dunia, tapi umpama buih-buih di lautan. Mengapa? Kerana kamu (dan aku) sudah dimabukkan dengan arak-arak hedonisme dan materialisme, serta sistem hidup (terutama pendidikan) yang telah disebatikan dengan kita. Maka jadilah kamu, singa-singa Islam yang sepatutnya garang, jinak bagaikan kijang-kijang.

      Kalian harus tahu, jika pemuda Islam seluruh dunia bersatu, maka ia menjadi mimpi buruk kepada musuh-musuh Islam.

      Apa lagi yang diinginkan? Kita punya tenaga, potensi dan kreativiti untuk melukis (baca : melakar) satu sejarah baru!

      "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
      (Surah 9, At-Taubah : Ayat 111)

      Allah telah menawarkan satu kontrak jualan yang sangat menguntungkan pihak kita, tapi kita sombong, enggan menerimanya?

      Video ihsan mediafikr



      ~ Tabah Mendepani Dugaan ~

      Khamis, 2 September 2010

      Teruskan Aksimu Hai Sang Penyeru

      Teruskan Aksimu Hai Sang Penyeru

      Semalam aku dalam perjalanan ke masjid, tiba-tiba hujan lebat. Bergegas aku berlari (dengan menggalas beg berisi laptop) untuk berteduh di kafe. Kebetulan, kafe tu tak ramai orang suka pergi (mungkin sebab boring dengan hidangan yang ada) dan lebih ramai perempuan je di sana (tu pun sebab blok diorang ...

      Read More

      Isnin, 2 Ogos 2010

      Gugahkan Jiwa, Gegarkan Hati!

      Gugahkan Jiwa, Gegarkan Hati!

      Hari ini, beberapa orang ikhwah memberi kata-kata semangat buatku. Beberapa ziarah ke blog-blog ikhwah, memulihkan semula semangatku yang jatuh. Alhamdulillaah, menggugah jiwa dan menggegarkan hati!! Semoga Allah membalas jasa kalian. Rasa rindu untuk bertemu antum, namun terhalang kerana kekangan ...

      Read More